SOALAN LAZIM (FAQ)

FAQ (SOALAN SERING DITANYA)
Bagaimana untuk menjadi agen prepaid ereload?
Sangat mudah, daftar dahulu sebagai agen kami dan buat bayaran mengikut pakej yang anda pilih kemudian setelah akaun anda diaktifkan, anda boleh tambah modal untuk membolehkan anda topup prepaid anda atau orang lain

Adakah akan dikenakan apa-apa caj tambahan?
Tidak. Anda hanya dikenakan yuran maintenance hanya RM0.50 sahaja setiap bulan yang akan ditolak dari baki modal anda


FAQ Berkenaan Prepaid Ereload

Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli SIM card baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.

Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan komisen?
Tidak. Pihak kami hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti Nama, No.Telefon dan pengesahan pembayaran sahaja. Jumlah modal anda hanya ditolak kurang dari nilai topup sebenar, bukan ke akaun bank.
Misalnya anda topup celcom RM100, modal anda hanya akan ditolak sebanyak RM95.50 sahaja tetapi pelanggan anda membayar kepada anda RM100. Dari perbezaan ini, anda memperolehi keuntungan RM4.50 terus ke tangan anda

Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkan ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, Kami dan pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.

Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup.

Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.

Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai?

Boleh. Tidak ada masalah selagi handphone anda mempunyai fungsi menghantar sms untuk membuat jualan eload kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga.

No comments:

Post a Comment